RIBUT PETIR TAUKTE MEMBADAI BARAT INDIA

New Delhi, Mei 19-

Kejadian ribut petir dan hujan lebat  di barat India menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 35 orang minggu ini. Ribut petir yang dikenali ‘Taukte’ meninggalkan sejumlah kerosakan besar, kata pihak berkuasa hari ini.

Angin kencang Taukte membadai negeri Rajasthan, Gujarat, Kerala, Maharashtra, Goa, Karnatka dan Madhya Pradesh menyebabkan tembok penahan runtuh, pokok dan tiang elektrik tumbang.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di negeri gersang Rajasthan, di mana ribut debu membadai beberapa bandar. Tambahan 10 lagi terbunuh di negeri berjiran Gujarat sementara 15 lagi di negeri tengah Madhya Pradesh, kata perkhidmatan kecemasan.

8 orang terbunuh di Karnatka, seramai 7 orang maut di Kerala  dan kira-kira sejumlah 1500 buah rumah dibadai di Negeri berkenaan oleh ribut Taukte, kata Ketua Menteri Pinarahi Vijayan di twitter.

Ribut sebegini pernah melanda negeri Gujarat  20 tahun sebelumnya. Pihak berkuasa berkata, mangsa disambar petir, ditimpa pokok tumbang dan terkena renjatan elektrik. Angin kencang dan hujan tiba-tiba turut melanda ibu kota ini, menyebabkan suhu musim panas turun sehingga 10 darjah Celsius.

Ribut itu memaksa pembatalan beberapa perhimpunan politik ketika berlangsungnya pilihan raya nasional. Angin menerbangkan khemah yang sepatutnya digunakan untuk perhimpunan Perdana Menteri Narendra Modi di Himmatnagar di Gujarat.

Lapangan terbang telah turut ditutup bagi beberapa jam. Lintasan perairan antara Banthara-Voli juga turut dihentikan.  Ketua Menteri Maharashdra memberi keyakinan bahawa dapat membendung masalah kesesakan lalu lintas jalan raya secepat mungkin.

Angin kencang 114 sejam/km dengan kelajuan disertai dengan hujan lebat manakala 150,000 penduduk akan dipindahkan akibat ribut taufan Tauktae yang dijangka melanda beberapa negeri di India dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Amit Shah dalam kenyataan, berkata sehingga kini ribuan anggota penyelamat dikerahkan ke Gujarat, sementara unit daripada kawalan pantai, selain pihak tentera termasuk tentera laut dan udara diarah bersiap sedia.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi berkata, Taufan Tauktae iaitu ribut tropika pertama di India musim ini dijangka bergerak ke arah utara sejajar dengan pantai barat negara itu, sekali gus membawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang ke beberapa negeri. Maka penduduk yang menghuni di persisiran pantai telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat oleh kerajaan negeri Gujarat.Kawasan-kawasan Saurashtra dan Daiyo diistiharkan sebagai  zon warna jingga.   

Jabatan itu juga memberi amaran ombak kuat setinggi tiga meter dijangka melanda beberapa daerah di persisiran pantai di Gujarat.

Menurut pihak berkuasa, beberapa bandar dan perkampungan juga dilaporkan tenggelam dan harta benda turut musnah akibat bencana itu.

Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant, mengesahkan dua lagi maut di pusat peranginan di negeri itu selain kira-kira 200 unit kediaman rosak teruk, manakala jalan pula dihalang pokok tumbang dengan bekalan elektrik turut dilaporkan terputus.

Menurut laporan media tempatan, dua lagi dilaporkan maut dan seramai 23 nelayan dikhuatiri hilang di Kerala.

Kerajaan negeri mengesahkan lebih daripada 150,000 penduduk dijangka dipindahkan daripada kawasan persisiran pantai di Gujarat, manakala program vaksinasi COVID-19 terpaksa ditangguhkan. Sejumlah 180 pasukan keselamatan dan 9 pasukan kejuruteraan, doktor, staf perubatan, Ketua Pasukan Keselamatan Bencana Negara, S N Pratan berjanji akan disiap sediakan. Beliau berkata staf yang menerima vaksinansi sahaja dihantar bekhidmat di situ. Pasukan berkenaan turut menjaga langkah-langkah keselamatan dan peraturan Covid-19. Selain daripada pasukan keselamatan pasukan tentera laut juga memantau situasi di persisiran pantai  dan   bersiap sedia untuk menghadapi cabaran Taukte.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here