WANITA JATUH DARI TINGKAT EMPAT PUSAT MEMBELI-BELAH  1UTAMA

Petaling Jaya, Mei 19-

Seorang wanita maut akibat terjatuh dari tingkat empat pusat beli-belah 1Utama di Bandar Utama petang tadi.

Pusat beli-belah itu dalam kenyataan berkata, pasukan kecemasan segera tiba ke tempat kejadian untuk member bantuan kecemasan bagi wanita berkenaan sebelum polis tiba menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, mereka masih menyiasat kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here