PELANJUTAN TEMPOH PEMBAYARAN CUKAI TANAH SEHINGGA 31 OGOS 2021

Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah tahun 2021 sehingga 30 Ogos ini. Tempoh tamat pembayaran asal adalah 30 Mei ini.

Dengan pelanjutan tempoh ini bermakna, denda lewat 10 peratus tidak akan dikenakan daripada nilai cukai tanah sehingga 30 Ogos.

Keputusan ini dibuat atas sikap prihatin kerajaan negeri kepada rakyat yang menghadapi masalah susulan langkah tegas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke seluruh negara bagi mebendung penularan covid-19.

Menerusi langkah tegas ini kerajaan mengehadkan pada tahap tertentu, pergerakan dan perkhidmatan di seluruh negara itu sehingga mengakibatkan kerugian kepada pemilik –pemilik tanah berkenaan.

Sungguhpun begitu kerajaan negeri sangat menghargai usaha dan komitmen pemilik tanah-pemilik tanah untuk tetap menjelaskan cukai tanah mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri besar Pahang berharap, pelanjutan tempoh akhir bayaran cukai tanah ini dapat memeberi masa yang cukup dan sewajaranya supaya dapat mennunaikan tanggungjawab bagi menjelasakan cukai berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here