PKP PENUH AKAN DIPUTUSKAN ESOK

Kota Bahru, 20 Mei-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, keputusan sama ada Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dijangka dibincangkan esok.

Ia akan dibincangkan dan diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 di Putrajaya esok.

Beliau berkata mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jam 3 petang itu akan turut dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Katanya, PKP penuh antara langkah yang perlu difikirkan oleh MKN.

“Akan dibincangkan esok untuk diputuskan,” katanya pada sidang media ketika hadir sama ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) yang dipengerusikan Menteri Besar Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim Kota Bharu, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here