ROMBAKAN SEMULA TAMAN RIA 2, KAPAR

Klang, Mei 20-

Penduduk Taman Ria 2, Kapar hidup dalam keperitan menghadapi masalah kumbahan air loji dan masalah banjir di taman berkenaan. Sebagai refleksi penyiarkan berita khas dalam akhbar Makkal Osai kelmarin,  Ahli Majlis Perbandaran Klang, Abdul Razak bergegas ke taman berkenaan dan  berjanji menunaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk itu.

Penduduk Taman Ria 2, setiap hari  bersemuka dengan banjir dan kumbahan air akibat longkang yang dipenuhi sampah sarap serta jalan yang rosak.   

Abdul Razak memberi keyakinan supaya kerja-kerja pembaikan akan dilakukan dengan segera. Antaranya adalah penyelenggaraan longkang dan kerja yang bersesuaian bagi memastikan masalah di kawasan ini diatasi sepenuhnya dan tidak berulang, katanya selepas meninjau lokasi itu.

Berserta dengan beliau ADUN calon khas Nathan bersama pembantu pengurus Param turut hadir untuk menjelaskan masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Ria 2.

Abdul Razak setelah memerhatikan pembinaan lantai simen diselubungi longkang secara penuh menjadikan pembersihan longkang amat rumit, kata Muninathan penduduk Taman Ria 2.

Selain daripada itu ia menjadi kesukaran bagi kontraktor untuk membersihkan longkang di hadapan rumah yang dipenuhi sampah dan pasir.

Ahli Majlis Abdul Razak berjanji akan menyelesaikan masalah berkenaan dengan sokongan para penduduk.

“Rombakan Taman Ria 2, Kapar akan dilaksanakan secepat dengan kerjasama penduduk”, kata Abdul Razak. Dengan ini, Muninathan turut memberitahu kepada wartawan Makkal Osai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here