RAKYAT TIDAK SABAR MENUNGGU PENGUMUMAN, MKN MENAFIKAN MESEJ TULAR PERUTUSAN PM

Seluruh Rakyat Malaysia menunggu berdebar-debar untuk keputusan menerima atau menolak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malam ini namun Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan mesej tular yang mendakwa terdapat siaran langsung Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

MKN menerusi Telegram meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran berita tidak benar itu.

“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi,” kata MKN pada Jumaat.

Jangkitan Covid-19 semakin membimbangkan apabila negara semalam hampir mencecah 7000 kes baharu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here