BETULKAH GAYA PENYIASATAN PIHAK POLIS ? -PROF RAMASAMY

Gombak, 22 Mei-

Polis harus menumpukan perhatian pada penyiasatan kes kematian dalam tahanan baru-baru ini dan bukannya menggunakan gaya lampau untuk menyoal siasat tahanan, kata Timbalan Ketua Menteri  Pulau Pinang Profesor Ramasamy.

Pihak polis masih mengamalkan tatacara yang lama untuk menyiasat tahanan. Beliau berkata sedemikian setelah kedua-kedua tahanan termasuk peniaga susu lembu A Ganapathy yang meninggal dunia setelah dimasukkan ke hospital selama sebulan dan pengawal keselamatan S Sivabalan yang meninggal dunia beberapa hari lalu di balai polis Gombak.

Ramasamy  terus meminta pihak berkuasa supaya jangan mengejar, memaksa atau mengugut keras untuk mengambil laporan dan menyelesaikan kes tahanan. Ia juga memberi gangguan emosi serta tekanan kepada tahanan sedia maklum terdapat bukti bahawa kedua-dua tahanan mempunyai sejarah sakit jantung dan diabetik yang kronik.

“Pihak polis harus benar-benar prihatin akan kematian  dalam tahanan polis” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here