SATU LAGI KONTENA KHAS SIMPAN MAYAT

Hospital Sungai Buloh memerlukan satu lagi kontena khas untuk menyimpan mayat. Hospital Sungai buloh merupakan yang hospital utama dalam merawat penyakit Covid.

Satu sumber berkata, Jabatan Forensik hospital Sungai Buloh memerlukan lebih banyak ruang untuk menyimpan mayat kerana jumlah kematian akibat Covid-19 terus meningkat setiap hari.

Menurut sumber, usaha sedang diambilkan untuk menjadikan Hospital UiTM sebagai hospital bagi merawat pesakit Covid-19.

Langkah ini dilakukan bagi menerima lebih ramai pesakit pada minggu-minggu akan datang.

Awal minggu ini, satu kontena khas telah dipasang di hospital berkenaan yang mempunyai kapasiti maksimum untuk menyimpan 20 mayat.

“Pihak hospital mendapatkan satu lagi kontena khas sebagai persediaan menghadapi lebih banyak kes kematian,” kata pegawai itu, yang tidak mahu disebutkan namanya.

Negara ini mulai menyaksikan peningkatan mendadak jumlah kematian akibat wabak itu . Setakat ini pada bulan Mei sahaja sebanyak 643 kes kematian telah dicatatkan, dengan sebilangan besar kes dilaporkan di Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here