BANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN COVID-19 NADMA RM 5000

Bantuan sebanyak RM 5,000 akan disediakan untuk menampung kesejahteraan bagi mereka yang meninggal dunia  akibat  Covid-19. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengatakan bantuan khas akan diberikan bagi menguruskan kematian pada tempoh yang genting ini.

Bantuan ini hanya boleh dipohon oleh seorang pewaris si mati bagi sekali sahaja setelah Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa orang yang berkenaan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19

Salah satu syarat mustahak ialah si mati mestilah warganegara Malaysia. NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang dibuat oleh keluarga berkenaan sekiranya lebih daripada seorang pewaris dipohon.

Orang ramai diminta memuat turun borang permohonan dari portal NADMA dan isikan borang sepenuhnya. Borang yang tidak lengkap akan ditolak oleh agensi. Bersama dengan borang berkenaan,

* Perakuan rasmi dari doktor yang mengesahkan kematianCovid-19

* Sijil kematian si mati,

* Salinan kad pengenalan waris (pemohon) si mati,

* Penyata akaun bank pemohon

berserta dengan borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke NADMA melalui pos, e-mel atau WhatsApp.

Alamat pos:

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62502 Putrajaya.

(U.P: Sekretariat KWABBN)

Proses permohonan ini akan mengambil masa selama 30 hari. Bantuan khas akan dimasukkan terus ke akaun bank waris yang layak melalui penghantaran elektronik dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

NADMA mempunyai hak dan kuasa penuh untuk menolak permohonan tanpa syarat.

Sekiranya permohonan itu didapati mengandungi pemalsuan maklumat, akan didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 2009 jika didapati menipu untuk kepentingan diri sendiri.

Sekiranya disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali ganda dari jumlah bantuan khas.

Sekiranya didapati melampirkan dokumen palsu dengan niat untuk menipu, dia akan dibawa ke mahkamah di bawah seksyen 420 dan 468 Kanun Keseksaan akan dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda tidak kurang dari satu tahun.

Keputusan NADMA adalah muktamad bagi meluluskan permohonan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here