SEORANG WANITA WARGANEGARA ASING GANTUNG DIRI

Bentong, Mei 24-

Seorang wanita warganegara asing gantung diri di bilik air sebuah hotel di Genting Highland  pada Sabtu yang kira-kira jam lebih kurang 4.30 pagi.

Sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bergegas ke hotel berkenaan setelah mendapat panggilan telefon daripada pengurus hotel.

Perempuan warganegara asing yang berusia 32 tahun datang ke Malaysia pada awal tahun 2021 dan menginap di hotel Genting Highlands sehingga hari kejadian.

Pada hari kejadian mangsa bersama rakan-rakannya sedang berbual di biliknya, tiba-tiba mangsa bergegas ke bilik air dan mengunci pintu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata mangsa dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi.

Zaiham juga melaporkan bahawa rakan-rakan mangsa cuba membuka pintu bilik air dan memanggilnya tetapi tiada jawapan. Rakan mangsa telah melaporkan kejadian kepada pihak pengurusan hotel. Pihak pengurusan hotel telah melaporkan kejadian kepada pihak polis. Setelah pihak polis sampai ke tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan teegantung dalam bilik air menggunakan seluar tidur di rel besi langsir.

Pihak forensik hospital Bentong mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah ke atas badan mangsa. namun bedah siasat akan dibuat ke atas mangsa pada 24 Mei 2021 (Isnin).

Mereka yang mengalami tekanan dan  masalah boleh mendapatkan bantuan sukarelawan Befrienders. Semua perbualan adalah sulit. Anda boleh dihubungi di talian 03-79568145 / 8144 pada bila-bila masa sepanjang hari atau melalui e-mel ke admin@befrienders.org.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here