PUSAT KASINO DI GENTING HIGHLANDS DITUTUP SEPENUHNYA

Anggota polis Ibu pejabat daerah(IPD) telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi pengoperasian pusat Kasino di Genting Highlands, semalam.

Pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan operasi pusat kasino di kawasan percutian itu ditutup sepenuhnya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati pusat kasino di kawasan berkenaan tidak beroperasi.

“Ketika pemeriksaan sekitar jam 11 malam tadi, pihak polis mendapati pusat kasino di kawasan ini tidak beroperasi.

Ketua Polis daerah Bentong menyeru orang ramai agar patuh kepada arahan Mjalis Keselamatan Negara(MKN) bagi memutuskan rantai pandemik Covid-19.

Pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan pengoperasian di pusat kasino Genting Highlands ditutup sepenuhnya selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here