PEMILIK GERAI SARAPAN PAGI MELUAHKAN KEADAAN BERGULUNG TIKAR

Bidor, 25 Mei-

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang diumumkan oleh kerajaan  telah mengejutkan pemilik gerai sarapan pagi.

Pemilik menzahirkan luahan hati mereka bahawa kedai-kedai makanan harus dibuka pukul 8 pagi sedangkan biasanya dibuka dan melanggan makanan mulai jam 6.00 pagi.  Mereka yang terlibat dalam perniagaan makanan di kedai menderita  kerana MCO 3.0 telah merudumkan pendapatan mereka secara keseluruhan.

Kami berusaha mencari pendapatan keluarga dengan mengoperasikan gerai makanan sambil menghadapi masalah pekerjaan dan masalah ekonomi akibat gelombang Covid-19.

Pekedai makanan harus bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan pagi bagi pelanggan yang pergi bekerja sepanjang perjalanan.  

“Anda hanya dapat melihat hasilnya jika anda bangun pagi, dan membuka kedai seawal mungkin  supaya tidak tertinggal pelanggan rutin” kata penjual sarapan pagi A.Batumalai.

“Pengumuman kerajaan untuk mengusahakan gerai makanan  dari jam 8 pagi hingga 8 malam mulai hari  ini akan menyulitkan 50 peratus pelanggan yang membeli sarapan” kata A. Batumalai yang terlibat dalam penjualan sarapan pagi di Bidor.

R. Thirumurugan, Sunthari Devi, K.Mageswary, A. Kalpana, C. Syamala, L. Vigneswary, V. Pushpa (Tapah), Narayan Kaur(Tapah) merakamkan kegelisahan mereka kepada Makkal Osai.  

Penjualan sarapan pagi hanya laris dari jam pukul 7 hingga 8 pagi. Lebih-lebih lagi mereka mestti berada di tempat kerja pada jam 7 atau 8 pagi pasti akan bergegas ke tempat kerja dan tidak akan menunggu sampai pukul 8 untuk kedai dibuka atau tergesa-gesa menunggu giliran dalam barisan panjang untuk membeli makanan mereka.

Pengusaha gerai sudah mula   menghadapi cabaran sehingga pendapatan kecil mereka terjejas. Justeru, peniaga gerai masih tidak tahu berapa lama had masa ini akan diamalkan.

Kami menghormati keputusan pengumuman kerajaan demi kesejahteraan rakyat . Namun, kami merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan waktu operasi gerai bagi penjual sarapan pagi supaya dapat menyara keluarga, kata mereka. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here