RM 7.8 JUTA BANTUAN PRIHATIN PAHANG

Menteri besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dengan sukacitanya memperuntukan RM 7.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Covid-19 secara bersasar kepada rakyat negeri Pahang yang terkesan dengan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Inisiatif bantuan yang diberikan ini dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan.

Antara golongan yang akan memanfaatkan ialah petugas barisan hadapan, penjaja harian, pemandu teksi, kes-kes Covid-19 aktif termasuk mangsa menjalani kuarantin di rumah, gelandangan, miskin tegar, orang kelainan upaya(OKU) dan warga emas penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusia 80 tahun ke atas.

“ Segala persediaan sedang giat dilakukan dan harap dapat segerakan pengagihan bantuan supaya bakal-bakal penerima dapat memanfaatkannya dalam tempoh yang sukar ini” kata Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here