COVID-19: KES TERUS CATAT PENINGKATAN, 7,478 KES BAHARU

Kuala Lumpur, Mei 26 –

Kes baharu Covid- 19  semakin melonjak setiap hari, kes baharu mencatatkan sebanyak 7,478 pada Rabu (26 Mei 2021) menjadikan kes harian yang tertinggi pernah direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 533,367.

Menurutnya, Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,455 diikuti Kuala Lumpur (760), Sarawak (640), Kelantan (547), Kedah (542), Pulau Pinang (420), Perak (264), Melaka (230), Sabah (229), Terengganu (177) , Negeri Sembilan (370), Pahang (171), Labuan (49), Putrajaya (29) dan Perlis (8).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here