KESULITAN DALAM MENGAKSES PENDAFTARAN VAKSIN ASTRAZENECA?

Kuala Lumpur, Mei 26-

Pendaftaran sukarela pengambilan vaksin AstraZeneca untuk rakyat Malaysia umur bawah 60 tahun dibuka bermula pukul 12 tengah hari tadi menerusi https://www.vaksincovid.gov.my/en/register/az/.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam ciapan Twitter dua hari yang lalu.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin juga memaklumkan kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca hari ini bermula jam 12 tengah hari.

“Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca kini sudah ditutup. Mereka yang layak akan menerima janji temu dalam masa terdekat.

Namun ramai pengguna twitter mengadu bahawa tidak dapat mengakses dari Selangor, Pulau Pinang dan banyak negeri lain. Ada yang langsung tidak dapat menerusi proses memilih negeri.

“Banyak aduan tak dpt mengakses dari Selangor, Pulau Pinang & banyak negeri lain. Ada yg tak dpt lepas memilih “negeri” atau semuanya telah penuh ditempah. Bagaimana ini boleh berlaku? Ini adalah satu bentuk baru pengemisan siber untuk vaksin, #KerajaanGagal”, kata pengguna akaun twitter Lim Guan Eng, Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ciapan twitter.

Maslee Malik Bekas Menteri Pendidikan turut mengadu bahawa beliau juga mengambil masa yang lama mengakses dan memilih negeri serta memastikan pengaksesan bukan dikendalikan oleh robot beberapa kali dalam laman ciapan twitter.

Tetapi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam ciapan Twitter masih memberi keyakinan bahawa lebih daripada 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat. Kami maklum masih ada yang tidak boleh berbuat demikian. Sila cuba lagi sebentar nanti, kata dalam laman Vaksin Covid-19. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here