VIGNESWARAN DIPILIH PRESIDEN MIC TANPA BERTANDING

Kuala Lumpur, 26 Mei-

Tan Sri S A Vigneswaran dipilih sebagai Presiden MIC baharu  selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu, pada jam 12 tengah hari tadi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Presiden, Datuk R Gobalakrishnan selepas bekas Yang Dipertua Dewan Negara itu tidak dicabar oleh mana-mana pihak .

Memandangan sokongan majoriti oleh Ketua cawangan-cawangan MIC, Tan Sri Vigneswaran dipilih tanpa sebarang pertandingan sebagai Presiden Kebangsaan MIC yang ke-10.

 Pengajuan calon untuk Pemilihan Presiden  MIC yang telah berlangsung di ibu pejabat hari ini, Tan Sri K. Raju mempengerusikan Suruhanjaya Pilihan Raya Pasukan  pemilihan Presiden.

 Pemilihan Tan Sri Vigneswaran untuk memenangi kerusi berkenaan menjadi kehendak majoriti Ketua cawangan- cawangan MIC yang lain. Kebanyakkan ketua cawangan dengan sebulat suara mencadangkan namanya.

Selepas pilihan raya umum MIC yang ke-14 , Presiden MIC yang ketika itu, Dato Sri S. Subramanaim ,Tan Sri Vigneswaran dipilih sebagai Presiden ke-9 pada 14 Julai 2018 berikutan perletakan jawatan Dato Sri S. Subramaniam.

Pertubuhan MIC diperkukuhkan  dalam semua aspek di bawah kepimpinannya. Hutang Universiti Aimst dilunaskan sepenuhnya. Beliau juga memperolehi harta MIC yang bernilai hampir 1 bilion ke pertubuhan itu.

Selain daripada itu, beliau berusaha untuk memilik kembali tanah berhampiran bangunan ibu pejabat MIC ke pertubuhannya. Segala usaha-usaha yang diambil oleh beliau disokong oleh Timbalan Presiden dan Menteri Sumber Manusia Dato Sri M. Saravanan.

Kesemua rombakan yang disusun semula ke dalam parti memberi dorongan dan keyakinan kepada anggotanya.

 Semua pemimpin dan ahli parti memilihnya kerana beliau paling sesuai mengambil kira pengalaman politik yang luas.

Dalam konteks ini, telah disahkan bahawa Tan sri Vigneswaran telah dipilih sebagai Presiden Kebangsaan MIC yang ke-10 tanpa sebarang pertandingan dalam proses pencalon jawatan Presiden hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here