PENGANUT TIDAK DIBENARKAN BERHIMPUN PADA PERAYAAN HARI WESAK

Putrajaya, 26 Mei-

Sambutan Hari Wesak yang disambut oleh penganut agama Buddha pada hari ini tidak dibenarkan, umum  Menteri Perpaduan Negara YB Dato Halimah Mohamed Sadique semalam di mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhidin Yassin.

Dato Halimah Mohamed Sadique menuntut agar peraturan SOP untuk perayaan itu dipatuhi dengan ketat dalam tempoh PKP 3.0.

Pada masa yang sama, dia menyampaikan ucapan Hari Wesak kepada umat Buddha di Malaysia yang menyambut Hari Wesak.

Dia menasihati mereka untuk mematuhi peraturan kebersihan diri, memakai pelindung muka dan penjarakan sosial setiap saat dan menjaga keselamatan.

“ Elakkanlah daripada meninggalkan rumah kecuali atas urusan-urusan penting. Bagi mengurangkan perkumpulan beramai-ramai sempena perayaan, hanya ketua agama dan jawatankuasa pengurusan kuil seramai 10 orang sahaja dibenarkan untuk mengunjungi tempat ibadat” kata Halimah.

Pemuja tidak dibenarkan di kuil semasa perayaan Hari Wesak. Tempat ibadat hanya dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.

Kenderaan yang dihiasi dengan patung Buddha tidak dibenarkan mengadakan perarakan. Menteri menjelaskan keputusan Majlis Keselamatan Negara bahawa merentasi negeri dan daerah tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perayaan ini.

Dato Halimah mengatakan bahawa di bawah Seksyen 3, Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit, 1988 (Akta 342), pegawai perpaduan akan dilantik sebagai pegawai pemantau dan akan terlibat dalam pemeriksaan kuil Buddha untuk memastikan pematuhan dengan peraturan SOP yang ditetapkan.

Persatuan agama Buddha Malaysia (MBA) memaklumkan penganut agama Buddha di seluruh negara dialu-alukan untuk menonton upacara ini menerusi laman sesawang MBA http://www.mbahq.my dan Facebook http://www.facebook.com/malaysianbuddhistassociation.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here