SUDAH SETAHUN KERAJAAN MASIH GAGAL MENANGANI PANDEMIK- ANWAR

FILE PHOTO: Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim speaks to the media in Kuala Lumpur February 4, 2015. REUTERS/Olivia Harris/File Photo

Kerajaan dilihat masih lemah dalam menguruskan pandemik COVID-19 walaupun telah lebih setahun Malaysia dilanda wabak tersebut.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang dilihat pada hari ini sangat bercelaru.

Ujarnya, tahap kesabaran rakyat Malaysia sudah di tahap maksimum dan kecewa melihat kepada kebijakan pemerintah berkait pandemik yang seperti tidak ada arah tujuan dan tidak membawa impak yang meyakinkan.

“ Ini berkaitan laporan yang dihantarkan ke jawatankuasa Darurat iaitu berkaitan unjuran. Kita seolah-olah terkejut apabila sekarang 7,000 kes.

“ Kita patut tahu 7,000 kes ini tiga minggu yang lalu kerana apabila ada pergerakan di kalangan penduduk, kita tahu jumlah itu akan melonjak.

“ Kita patut jangka tiga minggu lalu. Kalau Mac 2020 tahun  saya boleh faham kerana masih nak belajar. Tapi kalau sudah setahun masih belum lulus ‘SRP’ini beban kepada rakyat” katanya dalam sidang media secara maya.

Beliau berkata sedemikian seiring pelancaran Program Strategi Pasca COVID-19 (PSPC19) dan Pelancaran Dashboard Pasca COVID-19(DPC19) pada Rab.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here