KES HARIAN COVID-19 8290 HARI INI

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Putrajaya, Mei 28-

Kes jangkitan harian COVID-19 sekali lagi mencatat peningkatan tertinggi dengan 8,290 pesakit baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,052 kes.

Katanya, jumlah itu diikuti Kelantan dengan (851); Kuala Lumpur (830); Johor (762) dan Sarawak (698).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dan kes terendah dilaporkan di Labuan iaitu enam kes,” katanya dalam Facebook, di sini hari ini.

Beliau berkata, pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat ke 549,514 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here