KONTENA KHAS BAGI MENAMPUNG MAYAT COVID-19 DI HOSPITAL SELAYANG

Selangor, Mei 28-

Diikuti  Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan mayat yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) di media sosial, kontena disediakan selepas peti mayat di hospital tersebut tidak mampu menampung jumlah kes kematian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh,” jelas KKM menerusi akaun rasmi media sosial.

Kematian akibat COVID-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah buruk terutama di Lembah Klang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here