PELITUP MUKA BERGANDA MENGURANGKAN RISIKO VIRUS COVID-19-NOOR HISHAM

Pemakaian pelitup muka berganda dapat membantu menapis lebih banyak zarah berbanding menggunakan pelitup muka semata-mata, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri  Dato Dr. Noor Hisham Abdullah

Kajian  oleh pusat kawalan dan pencegahan penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) merumuskan bahawa pemakaian pelitup berganda dapat mengurangkan risiko pesakit kepada pendedahan virus Covid-19.

“Namun hal ini tidak diwajibkan berserta dengan pelindung muka tetapi memberi perlindungan maksimum” kata Noor Hisham.

Kajian itu mendapati pemakaian pelitup muka jenis kain yang dipakai bersama pelitup muka jenis perubatan dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sukar sedikit, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Dalam kajian yang sama dinyatakan pemakaian satu lapisan pelitup muka yang tidak diikat mampu menyekat 56.1 peratus, manakala pelitup muka jenis kain menyekat 51.4 peratus.

Pemakaian pelitup muka jenis perubatan yang diikat ketat pula mampu menyekat 77 peratus partikel halus dan pemakaian dua pelitup muka jenis perubatan dan kain menghalang 85.4 peratus.

Turut dinyatakan dalam grafik itu panduan pemakaian dua lapisan pelitup muka yang betul, iaitu menggabungkan pemakaian pelitup muka jenis perubatan dan kain.

Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain dan sebaik-baiknya, elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.

  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here