8 TERKORBAN DALAM TEMBAKAN DI

Washington, Mei 29-

Seorang pekerja di depoh kereta api di California, Amerika Syarikat (AS) menembak mati lapan rakan sekerjanya semalam.

Pusat Pengangkutan keretapi pusat  pengangkutan  Sherif Santa Clara, Russell Davis di Bandar San Joise, California telah mengadakan perhimpuan dan ramai pekerja mengambil bahagian dalam perhimpuanan berkenaan. Secara tiba-tiba suspek yang berpistol telah menembak ke arah perhimpunan Suspek turut disahkan mati di lokasi kejadian manakala beberapa individu lain parah.

Katanya, skuad pemusnah bom turut dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kemungkinan ada bahan letupan di kawasan berkenaan.

“Seramai lapan orang disahkan terkorban buat masa ini manakala suspek, seorang lelaki, turut disahkan mati.

“Suspek adalah pekerja Pihak Berkuasa Pengangkutan Valley (VTA),” katanya yang tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa akan bertambah.

Difahamkan, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima beberapa panggilan kecemasan melaporkan tembak menembak berlaku.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada suspek ditembak oleh polis atau membunuh diri serta jenis senjata yang digunakannya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, merakamkan ucapan takziah kepada mangsa serta keluarga mereka.

“Apa yang jelas di sini, seperti yang Presiden katakan, kita menderita akibat epidemik keganasan senjata di negara ini.

“Justeru, Kongres perlu segera meluluskan undang-undang reformasi kawalan senjata yang sudah lama ditunggu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here