SEORANG GADIS MAUT KERETA BERTEMBUNG DI TAPAH

Seorang gadis G. Yuvabharathi maut di KM 313.3 Lebuh raya Utara Selatan menghala ke Alor Setar apabila kereta yang dinaikinya terbabas dari jambatan di Tapah.

Gunalan ayah kepada mangsa kemalangan memandu kereta jenis SUV berwarna kelabu hilang kawalan dan lalu bertembung di penghadang jalan setelah menghadiri upacara pengebumian ayahnya di Alor setar.

Menurut  Ketua Polis Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail, kemalangan itu berlaku pada Khamis 27 Mei pada jam 2 petang dan mangsa kemalangan digegas ke hospital Raja Permaisuri Bainun tetapi gagal diselamatkan.

G.Yuvabharathi (24 tahun) meninggal dunia,  V.Gunalan (59 tahun)  mengalami kecederaan di bahagian dada sementara ibunya M. Nirmaladevi (56 tahun) mengalami kecederaan di bahagian kepala, kata Wan Azharuddin.

Keluarga Gunalan dalam perjalanan setelah menghadiri upacara pengebumian  ayahnya dari Johor ke Alor Setar.

Kedua ibu bapa sedang menerima rawatan di Hospital Tapah dan mereka telah dimaklumkan tentang kematian anak perempuannya, kata Wan dalam kenyataan media.

Kereta SUV mengalami kerosakan teruk  lalu dihantar ke Puspakom untuk diuji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here