BELIA BOLEH TUNTUT RM150 KREDIT E-TUNAI HARI INI

Seramai dua juta belia yang memenuhi syarat ditetapkan boleh menuntut kredit e-tunai bernilai RM150 menerusi Program eBelia yang bermula hari ini.

Menurut Kementerian Kewangan, MOF, peruntukan bernilai RM300 juta disalurkan bagi meringankan beban kewangan golongan sasar, selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia dan pelajar sepenuh masa.

Dalam belanjawan 2021 kerajaan telah memperuntukan sebanyak 200 juta sementara kerajaan menyalurkan   kredit e-tunai sebanyak RM 150 kepada setiap belia yang layak. Kerajaan menambahbaikkan inisiatif ini kepada 100 juta lebih  bagi meperkasa rakyat dan ekonomi.

MOF juga menyatakan inisiatif ini dibuka kepada warga belia yang berumur 18 tahun hingga 20 atau lahir pada 2001-2003.

Bagi pelajar yang belajar meneruskan diploma sepenuh masa  atau Sijil Kemahiran Malaysia dan di IPTA tempatan juga layak mendaftar untuk kredit e-tunai berkenaan. Tempoh tuntutan adalah mulai 1 jun hingga 20 Julai depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here