COVID -19: KES BAHARU 7,105, SELANGOR KEKAL MENCATAT KES TERTINGGI

Putrajaya, Jun 1-

Kes melonjak balik ke 7,105 kes baharu COVID-19 pada hari pertama bulan Jun menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat ke 579,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi hari ini dengan 2,068 kes.

Ia diikuti dengan Kuala Lumpur (817); Sarawak (703); Kelantan (531); Johor (431) dan Pulau Pinang (400).

“Hanya Perlis tidak mencatatkan pertambahan kes COVID-19 hari ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here