Dua orang lelaki menggunakan dokumen palsu di sekatan jalan raya plaza tol Bentong.
Pada Sabtu yang lalu, apabila anggota SJR yang bertugas di plaza tol Bentong mengesyaki dan menahan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh dua warga tempatan yang berusia 25 tahun dan 34 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Ketika diperiksa dokumen perjalanan rentas negeri kedua-dua lelaki terbabit, pihak polis mendapati borang tersebut agak meragukan dan disyaki telah dipalsukan oleh kedua-dua lelaki.
Anggota sekatan jalan raya menghubungi balai polis yang mengeluarkan permit pergerakan untuk pengesahan didapati nombor siri pada dokumen rentas negeri tidak wujud dan tiada sebarang permohonan permit pergerakan keatas kedua-dua lelaki terbabit.
Siasatan awal pihak polis juga percaya cop dan tandatangan ketua polis balai yang meluluskan permit tersebut disyaki telah dipalsukan.
Kedua lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dibawah seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM 4000 untuk kesalahan yang dilakukan oleh individu manakala denda RM 20,000 untuk kesalahan yang dilakukan oleh Perbadanan atau Syarikat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan dengan mengemukakan borang rentas negeri yang telah diubahsuai dengan niat memalsukan dokumen tersebut. pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas.
Bagi tahun ini, sehingga 29 Mei sahaja, IPD Bentong telah menahan seramai tujuh orang kerana pemalsuan dokumen borang rentas negeri. Kesemuanya di SJR tol Bentong arah ke Kuantan.
Polis daerah Bentong akan terus mengetatkan pemeriksaan di semua sekatan jalanraya antara negeri dalam daerah ini yang melibatkan sempadan Selangor dan sempadan Negeri Sembilan untuk memastikan penularan wabak covid-19 di negeri Pahang dapat dikawal memandangkan tol Bentong adalah merupakan laluan utama ke pantai timur khususnya dari lembah kelang.