MENTERI PAHANG MAHU SASARANNYA BENAR-BENAR TERCAPAI AGAR MEBENDUNG WABAK

Pahang, Jun 1-

Menteri Pahang, Dato’ Sri HJ Wan Rosdy Bin Wan Ismail merayu agar  rakyat Pahang di seluruh daerah supaya segera mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera, bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Ujar beliau ini penting ke arah mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) dalam kalangan rakyat dengan segera, yang akan turut membantu memutuskan rantaian penularan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini.

Menurut beliau sehingga kini, peratusan dan jumlah rakyat kita yang telah mendaftar masih rendah, hanya kira-kira 34.6 peratus atau kira-kira 415,000 orang daripada sasaran seramai 1.2 juta orang.

Ini bukanlah pencapaian yang membanggakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mahu agar sasarannya benar-benar tercapai demi memelihara kesihatan dan manfaat rakyat Pahang seluruhnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here