Kuala Lumpur, Jun 1-
Pelaksanaan moratorium menerusi bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan oleh Tan Sri Muyiddin Yassin semalam memberikan penangguhan bayaran ansuran bulanan selama tiga bulan kepada individu berstatus B40 hingga akhir Ogos ini.
Dalam satu kenyataan Mdl berkata, penangguhan ansuran bulanan di bawah Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] itu diberikan bermula hari ini.
“Penangguhan ini sebagai menyokong langkah kerajaan dan mengambil kira kesulitan yang dihadapi rakyat termasuklah kalangan individu berstatus bankrap.
“Namun demikian, bagi kes bankrap yang tidak berhasrat untuk menerima moratorium ini, bolehlah meneruskan pembayaran secara dalam talian,” kata agensi itu dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan golongan berpendapatan rendah (B40), individu kehilangan pekerjaan dan perusahaan mikro serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) diberikan pilihan mendapatkan moratorium automatik selama tiga bulan.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penangguhan bayaran itu boleh disalurkan ke emel cawangan MdI atau melalui talian 03 8885 1361 dengan sambungan 1221,1321, 1288 atau 1065.