ISU PENDUDUK TAMAN SENTOSA KLANG YANG DITULAR DI MEDIA SOSIAL

Rimas melihat sampah sarap yang berlonggok di kaki jalan, jalan raya yang berlubang, longkang yang tersumbat, pembakaran sampah secara terbuka antara isu-isu yang mengikir minda mengenang  nasib malang penduduk yang dihuni di Taman Sentosa. Video yang menular di facebook atas pemegang akaun  The voice of KLANG memuatkan video yang menggambarkan keadaan sebenar di Taman Sentosa, Klang.

Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh jalan  yang berlubang-lubang dan tidak rata diperbaiki setelah diadu beberapa kali oleh penduduk. Tetapi penampalan jalan akan rosak kembali setelah  beberapa bulan, jalan akan  kembali rosak disebabkan oleh kualiti bahan pembinaan yang murah .

Selain daripada itu,  Taman Sentosa Klang mencatatkan rekod tertinggi dalam kes denggi. Kawasan ini juga dipaparkan kawasan hot-spot pembiakan nyamuk aedes. Ini disebabkan oleh kebanyakan longkang besar di tepi jalan tersumbat. Video ini jelas menunjukkan bahawa pihak yang sepatutnya bertanggungjawab langsung tidak mengambil langkah yang wajar atas masalah yang dialami oleh penduduk Taman Sentosa .

Sementara kes kawasan hot spot, masalah longkang ini juga membawa kepada isu banjir yang sering melanda kawasan persekitaran di Klang. Apabila penduduk  berulang alik di jalan berbanjir berlaku kerosakan kereta. Penduduk di situ bersemuka dengan situasi tempias lagi  apabila berlaku kerosakan harta benda.

Di Taman Sentosa tidak disediakan  suatu tempat yang sesuai untuk membuang sampah-sarap. Bungkusan sampah yang dilimpah dari tong sampah besar tidak dipungut beberapa hari tetapi penduduk tiada pilihan lain untuk membuang sampah selain membuang di situ. Malah mereka buang merata-rata, mahupun di hadapan tempat beribadat.

Video ini dibuat untuk memberi kesedaran kepada ahli politik dan pihak bertanggungjwab yang berkali-kali pernah berulang alik di situ.

Taman Sentosa merupakan kawasan popular dengan kadar jenayah yang tinggi, pengedaran dadah, kes kecurian, kaki mabuk, gangsterisme dan sebagainya.

Aktiviti sukan tidak dapat diadakan kerana padang bola sepak dan tempat permainan juga bersemak-samun dan tidak sesuai dan selamat bagi kanak-kanak bermain.


“Sampai bilakah takdir penduduk di Taman Sentosa Klang ini berubah?” persoalan penduduk Taman Sentosa dibuat video dan dimuatkan dalam media sosial. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here