Kuala Lumpur, Jun 2-
Ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, ketika mengumumkan perkara itu berkata golongan terbabit kini boleh memasukkan beberapa butiran berkaitan status kandungan mereka seperti tahun dan bulan jangkaan kelahiran anak.
Menerusi butiran yang dinyatakan susulan penerapan ciri-ciri baharu dalam MySejahtera, beliau berkata, pertimbangan sewajarnya akan dibuat bagi menentukan jenis vaksin bersesuaian untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.
“Janji temu anda akan bersandarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu,” katanya menerusi Twitter, hari ini.
Kesemua butiran termasuk alamat semasa, status kandungan dan penyusuan akan dipaparkan pada bahagian penilaian pemilik akaun MySejahtera.
Khairy berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap vaksin Sinovac terdapat keberkesanan dan keyakinan rakyat terhadap suntikan vaksin. Sebanyak 18 peratus daripada penduduk Malaysia dijangka meraih manfaat daripada suntikan 12 juta dos Sinovac.
“Ia selamat dan berkesan,” katanya.