MAESTRO MENYAMBUT HARI JADI YANG KE-78

Ilaiyaraja atau lebih dikenali  Maestro menyambut hari jadi yang ke-78 hari ini. Ilaiyaraja merupakan komposer lagu filem India, penulis lirik dan penyanyi dalam industri filem Tamil.

Beliau dianggap sebagai raja kepada muzik terbaik dan termashyur sejak awal 70-an. Muzik-muzik dan lagu-lagu yang digubahkan oleh beliau boleh dikatakan setanding dengan komposer terkenal dunia.

Ilaiyaraaja juga merupakan pemain muzik, komposer, penyanyi, dan penulis lagu. Sehingga kini, beliau telah mengubah lebih 7000 lagu dan menyediakan skor filem untuk lebih daripada 1000 filem India dalam pelbagai bahasa.

Manakala, kerjayanya merangkumi lebih 30 tahun. Ilaiyaraaja telah komposer terkemuka muzik filem di India Selatan sejak tahun 1970-an.

Karya-karya beliau terutamanya dalam Tamil, tetapi juga telah menjaringkan muzik untuk filem-filem Telugu, Malayalam, Kannada, Hindi  dan Marathi. Pada tahun 2003, menurut sebuah undi yang dilakukan oleh BBC WORLD,   155 negara mengundi komposisi beliau bagi lagu “Rakkamma Kaiya Thattu” dari filem Thalapathi sebagai lagu ke-4 terpopular sepanjang zaman.

Ilaiyaraaja dilahirkan sebagai Gnanadesikan di Pannaipuram,Daerah Theni , Tamil Nadu, India.

Ilaiyaraaja merupakan seorang yang setia kepada agama Hindu dan menjalani kehidupan yang amat warak. Ilaiyaraaja telah berkahwin dengan Jeeva dan pasangan itu mempunyai tiga orang anak iaitu Karthik Raja, Yuvan Shankar Raja dan Bhavatharini. Kesemua anak-anaknya ialah penyanyi dan composer filem Tamil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here