PKP 3.0: KAPASITI KENDERAAN PERSENDIRIAN

Kementerian Pertahanan Malaysia bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kapasiti kenderaan persendirian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

  • Dalam sebuah kenderaan hanya 2 orang untuk satu isi rumah dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubatan, membeli barang keperluan asas dan penokok diet.
  • Dalam sebuah kenderaan hanya 3 orang termasuk pesakit untuk mendapatkan penjagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan dan kecemasan dalam radius tidak melebihi daripada 10 KM dari kediaman atau tempat paling hampir dengan kediaman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here