LEMBU DI LADANG PUCHONG BEBAS DARI PENYAKIT LSD

Petaling Jaya, Jun 3-

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia memantau secara menyeluruh penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang kini merebak pantas di ladang penternakan lembu dan kerbau.

“Setakat ini di Simpang Pulai dan beberapa ladang ternakan  dikesan berlaku penularan wabak itu, namun JPV memberi jaminan bahawa penyakit LSD itu tidak merebak kepada manusia. Seorang peladang dan penternak lembu Periyasamy dan isterinya Amakanoo menguruskan ladang penternakan, Worldwide Cattle Station Resources sejak berdekad di Puchong berkata, lembu-lembu di ladang mereka bebas dari penyakit serta penularan penyakit haiwan ini berpunca dari Thailand itu bakal memburukkan lagi keadaan kesihatan haiwan ternak di negara ini.

Beliau juga bimbang kerana penularan penyakit berkenaan tidak boleh dikawal seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang mempunyai vaksin.

Sementara itu,Periyasamy dan Amakanoo yang telah  40 tahun berkecimpung dalam bidang itu mengakui penternak yang bergantung terhadap bekalan lembu dari Thailad mengalami risiko yang tinggi. Manakala lembu-lembu di ladang Worldwide Cattle Station Resources masih selamat untuk  kerana bertahun-tahun bekalan ternakan mereka diimport dari Australia, kata Amakanoo.

Tegasnya, selain menjejaskan tahap keselamatan makanan dan kos rawatan bagi ternakan situasi penularan penyakit LSD di Malaysia juga akan menyebabkan peningkatan harga dan bekalan daging tempatan.

 

Menurut laporan media Thailand, lebih daripada 6,700 ekor lembu dan kerbau di 35 wilayah di negara itu terjejas selepas dijangkiti penyakit kulit berbonjol.

“Pada masa lain, pekerja di ladang ternakan Amakanoo juga turut memantau lembu-lembu di ladang ternakan supaya tidak berpenyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang kebiasaannya menyerang ternakan,” katanya ketika melakukan tinjauan kerap di ladangnya di sini, semalam.

 

Penyakit itu memberi kesan teruk pada hasil pengeluaran ladang daging dan tenusu, pada masa sama peladang juga mengalami kerugian yang besar kerana menanggung kos pengurusan dan rawatan. Beliau bertambah lagi, harga bekalan lembu dari Australia walaupun sedikit lebih mahal, lebih baik diimport dari Australia kerana selamat dan bebas dari sebarang penyakit virus.

Kini anak lelaki Amakanoo,  P Navin, (27) mengambil alih  perniagaan Worldwide Cattle Station Resources setelah melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang perladangan dan penternakan di Australia .

Pihak jawatankuasa Pertanian, perladangan dan Industri Makanan Negeri juga berkata, ternakan lembu yang disahkan menghidap penyakit LSD ini akan diasingkan sebelum dimusnahkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jikalau terdapat tanda-tanda LSD yang meragukan ternakan mereka harus diasingkan dan perlu membuat pembasmian kuman seluruh ladang, kata Navin yang rajin menguruskan tugasan rutin di ladang.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sudah menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia supaya menghentikan segera import lembu hidup dari Thailand ke negara ini.

“Kita bimbang, jika lembu dari Thailand diimport ke negara ini, penyakit itu boleh menjangkiti haiwan lain kerana ia disebarkan melalui nyamuk, lalat dan kutu, maka kami turut memastikan lembu-lembu yang dibekalkan  ke ladang kami diimport dari Australia” katanya kepada Makkal Osai pada Rabu ini.

Pihak-pihak harus memastikan pemantauan dilakukan termasuk pemasaran dan penjualan supaya tiada pihak mengambil kesempatan dengan menjual daging yang disahkan menghidap penyakit bawaan dari Thailand itu di pasaran tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here