PENDAPATAN TERJEJAS AKIBAT PKP 3.0 – RAYU PEKEDAI BUNGA YANG HILANG REZEKI

Kehidupan pekedai bunga kelam setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0). Pekedai bunga di pasar besar Seremban amuk kerana diarahkan untuk tutup sedangkan kedai-kedai lain seperti kedai kain dan barang-barang yang diniaga oleh warga  warga asing masih beropearsi.

Pekedai bunga sejak setahun merudum pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan  sejak tahun lalu.

Kedai Bunga Puan Yogeswari Nagalingam, Puan Lechumi Kasinathan, Puan Rajammal Muthulingam, Puan Vijayalakshmi, Puan Shanthi, Shanthi Lechumi, Jagan Gunasekaran dan Dinakaran mengatakan bahawa kedai bunga di sini telah dilarang dibuka selama 14 hari berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan yang diperkuatkuasa pada Jun 1 yang lalu.

“Walaupun kebenaran telah diberikan untuk membuka semua kedai di situ, rasa tidak adil untuk menyekat hanya kedai bunga. Ketika kedai-kedai orang asing yang menjual pakaian dan barang-barang lain dibuka, mereka bertanya kepada pihak pengurusan pasar sebab sentiasa menyasarkan dan melumpuhkan perniagaan sehingga kami hanya bergantung pada perniagaan kedai bunga untuk menyara kehidupan kami sepanjang tempoh tersebut” kata Jagan Gunasekaran.

Setiap kali apabila kedai bunga disuruh tutup mereka menjawab bahawa

“bunga itu tidak penting”!

 Siapa kata bunga itu tidak penting?

Yogeswari mengamuk bahawa kebanyakkan masyarakat Hindu dan Cina menggunakan bunga untuk tujuan  beribadah setiap hari.

Hairan melihat keadaan yang tidak setara apabila bidang pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dibenarkan berniaga, bunga pun antara salah suatu perniagaan berasaskan perladangan.

Bunga juga bergantung pada sektor pertanian, mengapa tidak membenarkan penjualan bunga dari ladang yang sama?

Penjual bunga menghadapi dilema mengenang ribuan ringgit bunga bernilai setiap hari terpaksa dibuang ke tong sampah.

Letchumi dan Rajammal menzahirkan bahawa keadaan keluarga dari segi ekonomi amat meruncing serta sangat sukar kerana pendapatan terjejas dan mereka bimbang keluarga itu tidak dapat memenuhi keperluan akibat Perintah Kawalan Pergerakan .

Dinakaran dan Jagan turut mendakwa bahawa kuil ditutup , perayaan dan perkahwinan dilarang semasa pandemik bermula tahun lalu, mengatakan perniagaan bunga semakin hari semakin terjejas teruk.

Dalam keadaan ini, kita  hanya dapat bernafas dengan pembelian harian seperti kalung kecil dan bunga tangkaian yang tidak betapa untung untuk  beribadat di rumah di rumah atau urusan upacara kematian.

Penutupan kedai bunga dalam tempoh PKP ini memeritkan kehidupan lagi mengalami keletihan mental dan kehilangan ketenangan fikiran.

Bermula pada tempoh PKP tahun lalu kerajaan telah mengumumkan pelbagai bantuan kewangan, tetapi kami tidak mendapat sebarang bantuan. Kami masih dalam keraguan dan kekeliruan bahawa adakah kami juga anak Malaysia dan layak mendapat bantuan kerajaaan?

Kami merayu suatu penyelesaian bagi masalah dalam mencari nafkah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here