COVID -19 : KES BAHARU 5,566

Kuala Lumpur, Jun8-

Kes Covid-19 mencatatkan angka 5,566 pada Selasa hari ini iaitu meningkat sedikit berbanding kes 5271 pada Isnin semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,524 kes adalah dari Selangor, diikuti Sarawak (707) dan Negeri Sembilan (505), Kuala Lumpur (466),  Johor (456) dan Sabah sebanyak 350 kes.

Katanya, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini termasuk Melaka sebanyak (314) kes, Perak (225), Kelantan (204), Labuan (191), Pulau Pinang (185), Pahang (157), Kedah (148) dan Terengganu (106).

“Turut mencatatkan kes adalah Putrajaya dengan 27 kes baharu serta Perlis, satu kes,” katanya dalam Facebook, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here