MURID-MURID PADANG SERAI MENCATAT REKOD DALAM PERTANDINGAN INOVASI SAINS ANTARABANGSA

Kulim, Jun 8-

Murid-murid kawasan Padang Serai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Victoria, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Din dan Sekolah Menengah Padang Serai mencatatkan rekod dalam pertandingan Inovasi Sains Antarabangsa, kata guru Puan Vasugi Subramaniam yang juga merupakan pembimbing utama dalam inovasi sains.

Pertandingan peringkat antarabangsa secara online berlangsung dari 29-Mei hingga 5 Jun ini. .

Dalam pertandingan Inovasi Sains Antarabangsa Turki INTOC 2021, 180 pasukan dari 21 negara mengambil bahagian dalam pusingan terakhir.   SJKT Ladang Victoria, SK Permatang Tok Din dan SM Padang serai antara sekolah-sekolah dari Semenanjung Malaysia sebelah utara yang mewakili negara kita.

Murid-murid  SJKT Ladang Victoria, M Ilaventhiran , V Janani, K Sutharthi, P Ginevia, J Joel Vijay memenangi pingat perak dengan mencipta semburan nyamuk herba (Herbal Mosquito Spray).

M Desigan dan M Kavivarman, murid Sekolah Menengah Padang Serai memenangi pingat gangsa dengan  mencipta penjimatan tenaga tiang lampu (Street Light Energy Saver).

Puan Vasugi Subramaniam selaku pembimbing utama Inovasi Sains selaku guru  dari Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik berkata murid-muridnya Noor Amira Najiha Bt Ahmad Sukri, Noor Yaniya Sasha bt Yusri,  Noor Ilham Nadira Bt Mohd Haweed, Adriana Bt Mohd Yasmeer dan Noor HuriaAthira Bt Mahadi juga turut mengambil bahagian dalam penciptaan sabun mandian herba (Herbal Shower Soap) dan memenangi pingat gangsa.

Bintang-bintang negara kita mencatatkan rekod global bukan setakat mengambil bahagian dan tetapi juga memenangi pingat di peringkat antarabangsa.

Pertandingan Inovasi Sains Antarabangsa  yang dianjurkan oleh negara Turki dihakimi oleh panel-panel hakim antarabangsa. Pada 5 Jun yang lalu, pada pukul 6.45 petang (waktu tempatan 1.45 tengahari) keputusan bagi pusingan terakhir telah diumumkan.

SK Permatang Tok Dik  yang dibimbing oleh Puan Vasugi Subramaniam berkata, inilah pengalaman pertama bagi murid-murid SK Permatang Tok Din mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Guru besar sekolah, guru-guru dan Lembaga pendidikan, Jabatan Pendidikan Daerah turut mengucapkan tahniah kepada murid-murid dan guru Puan Vasugi yang bertungkus lumus membimbing murid-murid supaya mencapai kejayaan.

Puan Vasugi menzahirkan kesyukuran kepada  Malaysian Innovation Invention and Creativity Association(MIICA)  kerana dapat menimpa pelbagai penghargaan dengan peluang sebegini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here