WANITA HAMIL TUJUH BULAN MAUT DIBUNUH OLEH SUAMI

Pekan Baru, Jun 9

Rasa curiga penduduk yang menghidu bau busuk dari sebuah rumah membawa kepada penemuan mayat seorang wanita hamil tujuh bulan yang ditanam di halaman rumahnya di Kampung Karya Indah, Kampar, Riau.

Menerusi laporan Kompas, mayat wanita itu bernama Siti Amidah, 25.

Ketua Polis Tapung, Sumarno berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kes itu dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

“Kami telah memanggil beberapa saksi termasuk penggali lubang dan waris keluarga mangsa.

“Dalam siasatan awal mendapati, suami mangsa sebelum ini telah meminta bantuan seorang lelaki untuk menggali lubang kumbahan di rumahnya dan ahli keluarga memberitahu mereka tidak bertemu mangsa sejak 21 Mei lalu,” ujarnya.

Polis telah menggali lubang kumbahan dan menemukan mayat seorang wanita.

“Mayat dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat,” katanya.

Suspek merupakan suami kedua kepada Siti Amidah dan mangsa juga mempunyai seorang anak dengan bekas suaminya sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here