MENGUNCI ISTERI DI BILIK MANDI KERANA DISAHKAN POSITIF COVID-19.

Hyderabad, Jun 10-

Angkara virus Covid-19  tidak lagi asing bagi seluruh rakyat di dunia.  Penularan wabak semakin hari semakin meningkat dari hari ke hari atas nama pelbagai varian penyakit .

Dalam keadaan ini, ahli keluarga dan sanak saudara belum tentu dapat berada di sisi mangsa Covid-19 kerana  rakyat hidup dalam ketakutan untuk bertahan nyawa diri sendiri.

Dalam pada ini, isteri Bethaya dari daerah Latchettipetta di daerah Manjiriyala di Telangana telah disahkan positif dengan jangkitan Covid-19 selama lima hari yang lalu.

Berikutan itu, Bethaya mengunci isterinya di bilik mandi yang berkeluasan sangat sempit di luar rumah, memintanya supaya tidak masuk ke dalam rumah. Dia juga mendakwa dilarang masuk ke dalam rumah tanpa dibekalkan makanan yang mencukupi.

Jiran yang berhampiran rumah melihat isterinya, Narasimha diseksa oleh suaminya lalu memaklumkan kepada pihak polis. Polis bergegas ke tempat kejadian dan menyelamatkan Narasimha dari bilik mandi dan memberi kaunseling dan nasihat kepada  Bethaya dan mengatur agar Narasimha tinggal di bilik yang berasingan di rumahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here