VILASINI DARI CAMERON HIGHLAND  MEMPEROLEHI 11A DALAM SPM

Cameron Highlands, Jun 10-

Vilashini Kumaraselvam pelajar Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Vilasini Kumaraselvam, bekas pelajar sekolah Tamil, mendapat A dalam 11 mata pelajaran termasuk bahasa Tamil dan kesusasteraan Tamil dalam peperiksaan SPM.

Dia telah mencipta rekod sebagai pelajar India, menghadiahkan kejayaan buat kedua-dua ibu bapa apabila mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan secara dalam talian, hari ini.

“Saya bersyukur dengan keputusan SPM yang telah diperolehi, ia bukanlah usaha saya sahaja tetapi juga dibimbing oleh guru-guru,” ujar pelajar Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah.  

Anak-anak pasangan Kumaraselvam Maheswari, Mahalakshmi, Vilasini, Sivagami dan Kumaran bekas murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Tanah Rata dan mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam pendidikan.

Anak-anak Cameron ini juga menceburi diri dalam kelas agama Thirumurai, penghafalan Thirukkural, tarian klasik Bharatanatyam, kelas Kesusasteraan Tamil dan juga dalam bidang sukan.

“Pelbagai cabaran hadapi termasuk penutupan sekolah dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) akibat Covid-19”.

Walaupun pelajaran menjadi kekangan dikala pandemik Covid-19 kami sentiasa menasihati untuk menghadapi cabaran kerana ia menjadi asas kehidupan, kata ayah Vilashini.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu berkata, berhasrat menyambung pengajian tinggi untuk meneruskan cita-cita sebagai peguam di mana-mana institusi pengajian tinggi  seperti kakak sulungnya. Mahalechumi, anak sulung Kumaraselvam melanjutkan pelajaran untuk menjadi peguam.

Keputusan Vishalini membawa kebahagiaan kepada sekeluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here