ANUGERAH TOKOH GURU SAINS CEMERLANG ANTARABANGSA –GOMATHY SANGARAN

Johor Bahru, Jun 11-

Guru Gomathy Sangkaran, guru Sains dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kangar Pulai, dianugerahkan tokoh guru Sains cemerlang antarabangsa.

Dalam Persidangan Antarabangsa Kemuncak Didik, warga pendidik dari seluruh pelosok dunia mengambil bahagian. Hari penyampaian anugerah telah berlangsung secara maya pada Jun 6 atas anjuran Majlis Kesenian, Kebudayaan, Komuniti menerusi Pendidikan Antarabangsa .

Seramai 250 peserta dari 50 negara mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Anugerah ini diberikan kepada guru Gomathy atas sumbangan dan  jasa yang tidak terhingga dengan memberi sokongan dan bimbingan penuh kepada  murid-murid supaya melibatkan diri dalam pertandingan Sains Inovasi dan memenangi pingat emas di peringkat antarabangsa.

Semangatnya untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik tidak pernah luntur terutama demi memastikan anak bangsanya mendapat pendidikan terbaik.

Bintang ini melambakkan  pelbagai anugerah di arena antarabangsa, lebih daripada 130 pingat emas dimenangi oleh beliau dalam bidang inovasi dan sains.

Guru Gomathy bukan sahaja mengharumi nama sekolah Tamil tetapi juga membangga negara kita di arena anatarabangsa.

Guru besar SJKT Kangar Pulai,  Periyaachi, terharu lalu memuji bakat guru Gomathy dan bersyukur atas sokongan terus diberikan untuk  menabur khidmat di sekolah .

Anak kelahiran, Johor ini juga berkata, sokongan diberikan selama ini oleh keluarga dan rakan pendidik menjadi kekuatan untuk beliau cekal mengharungi pelbagai ranjau dan cabaran sejak mengalas tugas sebagai guru.

Itulah komitmen dizahirkan oleh guru cemerlang meluahkan rasa syukur, pengorbanannya sebagai pendidik dihargai pelbagai pihak dan ia menjadi pembakar semangat untuknya meneruskan baki usia mendidik pelajarnya.

Beliau juga menasihatkan warga pendidik terus berusaha memberi khidmat cemerlang kepada pelajar dan terus melakukan penambahbaiakan serta pembaharuan dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here