VIGNESWARAN MENGHADAP YDP AGONG PAGI TADI DI ISTANA

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dilihat memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 2, kira-kira 9.55 pagi tadi.

Hari ketiga pertemuan antara YDP Agong dan pemimpin-pemimpin parti politik di Istana Negara berlangsung pagi tadi. Mengikut laporan sebelum ini, tiga ketua parti politik menghadap YDP Agong iaitu DS Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), Tan Sri SA Vigneswaran (MIC) , DS Maximus Johnity Ongkili (PBS)

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua parti politik pertama diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Al-Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Kenderaan membawa Presiden MIC TS SA Vigneswaran juga dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara kira-kira 11.38 pagi tadi selepas selesai menghadap YDP Agong.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here