KAMI NAK DEMOKRASI BUKAN DIKTATOR-P RAMASAMY

Wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin politik mula menyuarakan isi hati terhadap membawa kembali pertubuhan MAGERAN.

Dr Mahathir Mohamad dan meminta bekas Perdana Menteri itu tidak lagi campur tangan dalam pentadbiran Negara, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Profesor P. Ramasamy.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata, cadangan Mahathir itu dibimbangi akan memberi kesan lebih buruk kepada ekonomi, politik, dan kestabilan berbanding perintah darurat, sementara Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad pula berkata, MAGERAN bermakna Mahathir akan mengambil alih pemerintahan daripada kerajaan yang sah.

 “Beliau sendiri tanpa segan silu menawarkan diri untuk kembali berkhidmat. Sudah tentu sasaran utama Mahathir adalah jawatan pengarah MAGERAN seperti yang pernah dipegang (Tun) Abdul Razak Hussein satu ketika dulu,” kata Ramasamy .

“Yang kita bimbang ialah MAGERAN akan berpanjangan dan disalahgunakan  dalam kerakusan politik sehingga  meletakkan satu titik penamatan untuk Pakatan Harapan. Dendam, penganiayaan politik akan kembali bermaharajalela. Cukuplah, jangan ulangi kezaliman tersebut”

 “Cadangan itu tidak perlu kerana kerajaan sedia ada masih bertindak atas nasihat Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, sewajarnya kuasa pentadbiran dikembalikan kepada sebuah kerajaan awam, bukannya kepada suatu badan.

Untuk menjayakan peralihan itu beliau berkata, seorang pemimpin daripada blok politik terbesar di Parlimen boleh dilantik untuk memimpin kerajaan minoriti dengan matlamat mendapatkan majoriti secukupnya sehingga PRU15.

“Apabila Perikatan Nasional (PN) gagal, blok politik terbesar dalam Parlimen ialah Pakatan Harapan (PH). Agong boleh melantik (ketua pembangkang) Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan kerajaan minoriti dan beri beliau masa dua atau tiga minggu untuk bentuk kerajaan yang cukup majoriti.

“Minggu ke-4 Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil sidang Parlimen untuk diadakan undi percaya terhadap Anwar. Jika beliau berjaya, kerajaan pimpinan Anwar boleh terus mentadbir sehingga PRU-15,” katanya.

 “Masa Tun M  sudah berakhir. Dia sudah dapat peluang kedua tetapi disia-siakan. Mana mungkin dia perlu diberi peluang ketiga. Kita khuatir lebih banyak kerosakan akan berlaku,” katanya Ramasamy.

Hassan bagaimanapun berkata, cadangan Mahathir menawarkan dirinya untuk memimpin MAGERAN sebagai “tidak masuk akal” kerana beliau bukan pemimpin mana-mana parti politik.

Malah Pejuang yang pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia “hanya ada empat Ahli Parlimen sahaja”.

“Melantik semula Mahathir memimpin kerajaan adalah satu ‘precedent’ yang bercanggah dengan norma demokrasi berparlimen,” katanya.

Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat bermula 9 Jun.Pada sidang media selepas menghadap Agong semalam, Mahathir mencadangkan penubuhan MAGERAN bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan dan menawarkan diri beliau untuk mengetuainya.

Mahathir mendakwa MAGERAN perlu ditubuhkan segera bagi “merawat kerosakan” yang berlaku dalam pentadbiran Muhyiddin yang disifatkannya sebagai gagal dalam memerangi pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here