KEBENARAN PERNIAGAAN BUNGA BEROPERASI

Bunga adalah satu simbol kesucian, kebersihan, aroma dan kecantikan . Ia digunakan untuk semua upacara melibatkan keagamaan, perkahwinan, hiasan diri atau rumah dan juga upacara kematian.

Peniaga-peniaga kedai bunga mengalami kerugian besar dan kesusahan ketika kerajaan mengistiharkan Perintah Kawalan pergerakan Penuh (MCO) pada Jun 1 diikuti dengan wabak Covid-19 yang meningkat di negara ini.

Sebagai impak kepada berita Makkal osai serta mengetengahkan pemeritan dan geloraan bara para pekedai bunga,  isu itu dibawa kepada Menteri Sumber Manusia Dato Sri M Saravanan.

Pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara semalam, beliau meminta izin agar kedai bunga di seluruh negara beroperasi dan agar pekebun di Cameron Highlands dan di tempat lain meneruskan operasi perniagaan mereka.

“Saya dengan senang hati berkongsi bahawa kerajaan telah memberikan persetujuan untuk perniagaan bunga pada tempoh MCO ini” katanya dalam suatu tularan video.

Tidak dapat menyangkal bahawa fikiran kita merendam kegembiraan ketika melihat bunga. Puluhan ribu orang di negara ini bergantung pada perniagaan bunga untuk mencari rezeki.

Namun sungguh menyedihkan apabila kedai-kedai bunga ini ditutup diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan penuh. 

Adakah perniagaan bunga penting? Soalan yang lazim ditanya oleh segelintir pihak berkuasa sewaktu operasi penutupan kedai?

Bunga  memainkan peranan penting dalam kehidupan mulai kelahiran hinggalah akhir hayat seseorang insan, khususnya kaum India. Kaum Cina turut menggunakan bunga tangkai untuk upacara sembahyang mengikut adat mereka.

Ini adalah adat resam dan budaya yang dibawa oleh kaum India beribu-ribu tahun. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here