PERLU KAWALAN HARGA BAGI MINYAK MASAK BOTOL

Kerajaan diminta mencari jalan untuk mengawal kenaikan harga minyak masak dalam botol kerana ia amat membebankan pengguna pada tempoh pandemik ini. 

(FOMCA) maklum mengenai harga minyak mentah meningkat, namun ketika rakyat berhadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sekatan pergerakan penuh, perkara itu perlu dipertimbangkan.

Katanya, perlu difahami ketika ini rakyat ada yang tertekan kerana hilang pekerjaan, kurang pendapatan maka kerajaan perlu kurangkan beban ini dengan melihat kepada harga barang keperluan.

“Perlu diingat ketika PKP ini ramai yang duduk di rumah maka keperluan minyak masak itu mungkin bertambah sepatutnya dipertimbangkan penurunan harga,” katanya kepada makkal osai  mengulas isu kenaikan harga minyak masak botol yang kini mencecah sekitar RM33 bagi botol lima kilogram.

Harga minyak masak botol  yang mendadak sebanyak RM 9 hingga RM 10 jika dibandingkan dengan harga sebelumnya sekitar RM33 bagi lima kilogram.

Di pasaran turut mencadangkan supaya pengeluaran minyak masak paket ditingkatkan.

“Bulan lalu, harga minyak masak lima kilogram adalah sekitar RM25-RM28 dan minggu ini, harganya mencecah RM32-RM36.

Kerajaan perlu menawarkan formula baru untuk subsidi minyak masak 5 kg dan ke atas dan memperkenalkan subsidi bertempoh selama tiga hingga enam bulan untuk minyak masak 5 kg.

Dalam masa yang sama dicadangkan kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi sekilogram dari 60,000 tan sebulan sekarang.

Turut dicadangkan KPDHEP menetapkan harga minyak masak dalam pasaran serta menjalankan operasi pemeriksaan anti pencatuan secara besar-besaran.

“Kita juga meminta kerajaan menstabilkan bekalan dalam negara dengan mengimbangkan peratusan eksport dan keperluan bekalan minyak masak dalam negara,”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here