PROFESOR BUKAN BUMIPUTERA TIDAK LAYAK MENJAWAT JAWATAN NAIB CANSELOR?

Kuala Lumpur, 14 Jun-

Tibalah masanya  untuk profesor bukan melayu dilantik sebagai Naib Canselor di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Dato Seri Asman Ujang, mantan ketua pengarang agensi media Bernama, telah menyarankan agar jawatan itu harus diisi lalu membuat tanda bersejarah baru dalam bidang pendidikan.

Tidak pernah berlaku kekosongan sebegini iaitu lima kekosongan jawatan Naib Canselor di IPTA secara serentak di negara ini. Suatu notis telah diterbitkan di  The Star pada 12 Jun lalu, menyatakan bahawa tiada sebab yang kukuh bagi kekosongan tersebut.

Setakat hari ini jawatan ini disandang oleh seseorang yang mempunyai latar belakang politik dan orang yang berpengaruh dalam politik. Dalam surat itu, beliau menegaskan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi harus melantik professor bukan Melayu yang berkelayakan.

Asman juga menegaskan bahawa ramai ahli akademik, profesor, yang telah lama terpinggir kerana kecewa kerana tidak memberi peluang dan kenaikan pangkat lalu berhijrah ke luar negara.

Perlantikan Naib Canselor harus berdasarkan prestasi akademik dan bukan  kedudukan status dan pendekatan politik.

Dato Seri Asman dengan tegas menekankan bahawa trend ini merupakan pengkhianatan yang amat besar kepada pendidikan yang berkualiti di sesebuah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here