NAVEEN SAKTHIVELU MAUT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Rantau, Jun. 15-

Naveen Sakthivel (31), seorang pemuda India dari Ladang Bradual, dalam perjalanan ke tempat bekerja pada jam pukul 4.50 pagi semalam maut bertembung dengan seekor haiwan.

Kemalangan ini berlaku pada jarak 18.5 km dari Jalan Siliau Rantau, kata Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamad .

Naveen  menaiki motosikal jenis Honda  mengalami cedera parah di bahagian kepala ketika jatuh di jalan raya dan mati di tempat kejadian, kata polis.

Polis bergegas ke tempat kejadian untuk menyiasat sebab kematian sambil menambah dipercayai bahawa Naveen mungkin telah bertembung dengan lembu dalam kemalangan berkenaan.

Berikutan kejadian itu, mayat Naveen,   dibawa ke Hospital Daerah Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut.

Pegawai polis itu mengatakan bahawa polis sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 berikutan kemalangan jalan raya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here