RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) DIBUKA HINGGA 30 JUN

Putrajaya, Jun 14-

Kementerian Kewangan membuka rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga 30 Jun ini bagi membantu rakyat yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pemohon boleh mengemukakan rayuan serta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Kerajaan sedar mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

“Permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian melalui portal rasmi BPR LHDNM dan penghantaran borang rayuan secara manual di cawangan, Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM secara janji temu sahaja.

“Setelah pangkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada Ogos iaitu BPR tambahan dan Semptember ini bagi BPR fasa tiga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, sepanjang tahun ini kerajaan memperuntukkan hampir RM9.1 bilion untuk BPR secara keseluruhannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here