PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI 5 PETANG INI

Kuala Lumpur, Jun 15-

Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri, Pelan Pemulihan Negara hari ini.

Perutusan yang dijadualkan jam 5 petang itu akan disiarkan di saluran televisyen tempatan seluruh negara.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi muat naik status di akaun media sosial beliau.

Pada Ahad, Muhyiddin berkata kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik COVID-19 pada satu peringkat yang munasabah.

Perdana Menteri berkata, pelan yang dibuat berdasarkan kepada data, sains dan segala persiapan yang telah dilakukan termasuk dari segi pengurusan COVID-19, ekonomi, program vaksinasi dan sebagainya itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh seminggu akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here