COVID-19: 5,738 KES BAHARU, NEGERI SEMBILAN MENYUMBANG LEBIH 1,000 KES DIIKUTI DENGAN SELANGOR

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 5,738 kes harian baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Daripada jumlah itu Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,914 kes.

Manakala jangkitan baru di Negeri Sembilan pula terus melonjak apabila sebanyak 1,086 kes baru direkodkan berbanding 607 kes semalam.

Pecahan setiap negeri:

Selangor – 1,858
Negeri Sembilan – 1,086
Kuala Lumpur – 641
Sarawak – 559
Johor – 449
Sabah – 248
Kedah – 197
Melaka – 184
Kelantan – 154
Pulau Pinang – 97
Labuan – 97
Terengganu – 77
Pahang – 54
Perak – 30
Putrajaya – 7
Perlis – 0 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here