PEMANDU VAN ROJAMANI RENTUNG DALAM KEBAKARAN VAN

Kuala Kangsar, 17 Jun-

S Rojamani, pemandu van pekerja kilang, rentung akibat van yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lalu terbakar.

Tragedi yang ngeri itu berlaku pada jam 6.05 petang semalam sebelum di persimpangan lampu isyarat 53.8 km Ipoh –Taiping.

Van pekerja kilang jenis Nissan yang menuju ke Padang Rengas hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah kenderaan jenis SUV menjadi punca kebakaran.

S Rojamani, yang memandu van berkenaan, terperangkap di tempat duduk pemandu dan tidak dapat keluar. Dua penumpang lain di van yang sama wanita berusia 20 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun sempat keluar apabila apinya merebak.

Anggota bomba berusaha untuk  menyelamatkannya namun Jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat mengatakan 90 peratus  van terbakar. Mayat S Rojamani yang rentung dikeluarkan dari kenderaan setelah apinya dipadamkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here